Friday, October 5, 2018

Tiang Rumah

Selepas lantai konkrit siap, maka tiang rumah perlu didirikan. Tukang cuti 2 hari demam akibat membuat kerja konkrit sampai malam hari haha

Proses membuat tiang bermula dengan pemotongan besi mengikut lukisan jurutera. Formwork dari papan plywood dan kayu dibuat mengikut saiz tiang yang berkenaan. Disebabkan jumlah tiang yang banyak untuk rumah saya (hampir 50 tiang semuanya), tukang membuat formwork sebanyak 8 tiang saja atas faktor kos kayu (kos kayu semua ditanggung oleh tukang rumah). Satu hari konkrit siap 8 tiang dan dipindahkan ke tiang seterusnya. Hujan beberapa hari menyebabkan kerja agak perlahan, tapi semua tiang berjaya  disiapkan dalam masa seminggu sahaja.

Untuk rumah saya, pelan asal arkitek (atas permintaan saya sendiri) tiang setinggi 15 kaki (4500mm) termasuk roof beam tapi selepas penilaian semula, saya membuat keputusan untuk membuat tiang setinggi 13.5 kaki saja termasuk beam. Ketinggian siling selepas plaster adalah 12 kaki sudah cukup tinggi dan pengudaraan yang bagus untuk rumah setingkat. Kalau terlalu tinggi, maintenance pun tinggi terutama bila nak bersihkan sawang pada siling rumah haha.

Jom layan proses membuat tiang rumah

Kayu terpakai dibeli secara borong untuk membuat tiang dan juga roof beam nanti


Pasir kasara, besi dan simen dibeli 


Tukang mula memotong besi mengikut ukuran pelan


Besi yang telah dipotong disusun

Kotak tiang dari papan lapis dan kayu 1x2 dan 2x3 mula didirikan.

Tukang menggunakan timah timbang untuk memastikan tiang adalah lurus

Mesin bancuh simen/konkrit mula disewa bagi memudahkan kerja membancuh simen konkrit


Antara tiang yang telah siap didirikan

Semua tiang berjaya dinaikkan pada 5/10/2018

Saturday, September 22, 2018

Konkrit Beam dan Lantai

Selepas semua besi beam dan lapisan plastik PE dihampar, besi BRC perlu diletak bagi menguatkan lagi struktur lantai. Untuk rumah saya ini, besi BRC A8 digunakan dan juga lebihan besi Y10 bersilang diletak. Level lantai ditentukan menggunakan tiub air (timbang air).

Ketebalan lantai rumah saya antara 5 hingga 7 inci. Konkrit gred minimum G30 digunakan. Sebanyak 60m3 konkrit dituang untuk keseluruhan tapak rumah...Fuh memang kos yang tinggi :-)








































Thursday, September 20, 2018

Tambak Ground Beam

Selepas semua kotak beam dari bata disiapkan, tanah dimasukkan semula ke dalam kotak beam mengikut ketinggian lantai yang diinginkan. Untuk rumah saya, lantai akan dikonkrit setebal 5-6 inci. Serentak dengan itu, paip pvc putih untuk najis dan sinki perlu diatur dan ditanam siap sebelum dikambus

paip septik dan sinki diatur sebelum kerja menambus kotak beam

Tanah diangkut dan dikambus ke dalam ruang kotak beam

Tanah lebihan dari korek footing tak cukup, saya guna pasir dan batu crusher run untuk tanah yang lebih padat dan kuat

paip racun anai-anai dibuat siap-siap untuk kerja meracun masa akan datang. 

Lubang ditebuk setiap 1-2 kaki dan ditutup dengan kain geotextile supaya pasir/tanah tidak masuk ke dalam paip

Tanah dimampatkan dengan menggunakan mesin compactor

lapisan terakhir batu crusher run

Selepas level lantai ditentukan, plastik PE digunakan untuk menutup lapisan tanah bertujuan untuk mengelakkan air lembapan dari tanah keluar ke lantai


Besi BRC size A8 digunakan bagi memperkuatkan lantai sebelum dikonkrit




Ground Beam

Untuk ground beam, selepas perbincangan dengan tukang rumah, kami bersetuju untuk membina grpund beam dan lantai sekaligus. Kaedah ini dinamakan raft foundation di mana ground beam dan lantai akan dikonkrit sekaligus. Hasil kaedah ini tapak yang lebih kukuh dan penjimatan pada penggunaan kayu formwork.

Hanya formwork sebelah luar beam saja akan digunakan, dan di dalam semua kotak beam akan dibina menggunakan bata pasir.


Formwork hanya dibina di luar kotak beam. Rumah saya menggunakan grpund beam tinggi 2 kaki






Konkrit Footing dan Kambus Lubang

Selepas besi dan lubang footing siap dan lokasi telah ditetapkan dengan menggunakan benang, maka tibalah masa untuk menuang konkrit footing. Saya menggunaka konkrit ready mix Gred 30 untuk lubang footing ni. Sebanyak 48m3 telah digunakan, agak berlebihan sebab lubang footing dibuat lebih besar dari saiz pelan RC dan tiada formwork digunakan. Walaupun footing akan jadi lebih kuat, tapi duit terpaksa dikeluarkan hehe

Kren digunakan untuk menuang konkrit ke dalam lubang footing





Lubang Footing selepas siap konkrit. Lihat lubang yg besar dikorek untuk 2 lubang yang jarak dekat

Selepas konkrit keras sepenuhnya, tukang mula membuat tiang 'stump' menggunakan bata pasir (bukan kayu)...kaedah ini lebih menjimatkan penggunaan kayu formwork dan hasil stump yang lebih kukuh...

Tiang stump dibuna menggunakan bata pasir mengantikan kayu formwork




Konkrit dituang ke dalam ruang tiang stump


Selepas tiang siap dikonkrit, case digunakan sekali lagi untuk kambus semua lubang footing

Lubang footing siap dikambus