Saya adalah anak kelahiran negeri Terengganu yang menetap di Shah Alam hampir 15 tahun, mencari rezeki di Selangor. Minat mendalam dalam bidang hartanah bermula sejak mula-mula kerja di Pahang dulu, beli rumah pertama di Shah Alam tak jauh dari rumah saya menetap sekarang...masa tu harga rumah dah rasa mahal, rupa-rupanya sekarang ni lagi la mahal huhu...Selepas beberapa tahun, saya dapat membeli tanah lot banglo di Jalan Kebun yang agak luas (freehold rezab melayu) tapi menjualnya lepas 1 tahun sebab faktor lokasi dan persekitaran yang pada saya kurang sesuai untuk dijadikan kediaman keluarga...pada masa yang sama saya jumpa 1 lot tanah di Kg Melayu Subang di kawasan yang pada saya sangat OK...keluasan tanah 6900sqft (corner lot) dan tak jauh dari jalan utama subang....jalan tu sekarang dah dinaiktaraf dan dalam pembinaan lebuhraya DASH, jadi nilai tanah di kawasan sekitar lagi mahal sekarang. Ok cukup intro hehe... saya kongsi gambar tanah mula-mula saya beli (pinjam bank hehe) dan proses menebang pokok2 dan menambak dengan tanah lebih kurang 2kaki (tinggi sikit dari jalan)...sebelum tambak saya buat beam pagar dan jalan konkrit depan bagi membolehkan lori tanah keluar masuk...
Rupa tanah masa mula-mula beli pada tahun 2015
Tanah corner, siap infra majlis
rumah dikelilingi rumah banglo
kerja menebang pokok dan semak samun...sewa case
Case membuat operasi pembersihan tanah dan lori buang sampah
Kerja pembersihan hampir siap
Rupa tanah selepas dibersihan..keluasan tanah 75 x 90 kaki
Kerja membina beam pagar, untuk senang tambak tanah nanti
kelihatan besi beam pagar
beam pagar siap dituang konkrit ready mix
pagar 2 kaki dinaikkan
jalan konkrit untuk laluan masuk ke tanah juga siap dibina...lebar 22kaki
Kerja menambak tanah bermula
Case digunakan bagi meratakan tanah
Kerja menambak tanah
Siap tambak! saya dah lupa berapa lori tanah sebab ambil lump sum dgn pembekal tanah...saya anggarkan lebih 20 lori 10 tayar digunakan