Friday, August 31, 2018

Footing

Untuk rumah saya, tapak jenis pad footing digunakan. Sebanyak 48 lubang footing perlu dikorek mengikut pelan jurutera stuktur...terkejut jugak tukang rumah bila tahu rumah 1 tingkat ada 48 footing hehe


Pelan Footing yang dibuat oleh jurutera mengikut pelan arkitek


Besi pelbagai saiz yang telah dibeli untuk membuat footing dan beam

Tukang mengikat besi footing mengukit saiz yang telah ditetapkan

Longgokan besi footing

Besi ground beam juga dipotong dan diikat

Backhoe digunakan untuk mengorek lubang footing. Tak cukup sehari, geleng kepala tukang sebab kos sewa mesin semua atas dia hehe...2 hari baru siap korek...masalah sebab jarak antara lubang footing yang dekat dan ruang tanah yang sempit untuk simpan tanah yang dah dikorek...terpaksa longgok di tepi jalan dan ada juga sedikit ditambak di tepi jalan rumah jiran

Lubang dikorek sedalam 4 kaki

Ada lubang dikorek untuk 2@3 footing sekaligus sebab jerak terlalu dekat...Kelebihan, tapak jadi lebih kuat tapi menyebabkan kos konkrit akan menjadi bertambah




Hari pertama lubang footing dkorek, masih ada belas lubang belum dikorek sambung keesokan hari...fuhh


Tukang tak guna kayu formwork untuk footing, tapi akan tuang konkrit terus ke dalam tanah...saya beli plastik sebanyak 5 guulung (1 gulung saiz 6x50kaki) untuk lapik lapisan bawah tanah bagi mengelakkan air simen konkrit serap ke dalam tanah


Plastik dilapik di lantai tanah bagi mengelakkan air simen konkrit serap kedalam tanah

Ini saiz footing terbesar untuk rumah saya (ruang attic/makan), saiz lebih 1800mm. tukang cakap saiz macam ni boleh buat rumah 3 tingkat hehe

Tuesday, August 28, 2018

Barang Binaan Asas

Selepas tanah dibersihkan, saya mula membeli barang binaan asas. Antaranya:

1. Kayu kucai 100 batang
2. kayu 2x3 terpakai untuk buat stor
3. Plywood terpakai untuk buat stor
4. zink kampung 10 keping juga untuk buat stor
5. paku & benang
6. simen
7. Besi Y10, Y12, Y16 dan Y20 BS
8. Besi link R6 dan R10
9. Pasir kasar dan batu konkrit

Untuk besi footing dan kesemua beam saya akan pakai BS untuk jaminan kekuatan. Besi link saja pakai jenis CQ. Tukang terkejut bila tengok ada besi saiz Y20 digunakan hehe...saya hanya ikut drawing oleh jurutera saja


Stor kayu terpakai yang terletak di Kg Subang, beli kayu terpakai lebih jimat


Kayu 2x3 terpakai


Pasir kasar dan batu konkrit


Simen 12 beg (patut tak perli dulu pun takpe)


Longokkan besi pelbagai saiz


Stor dibina untuk simpan barang-barang 


Wednesday, August 15, 2018

Bersih Tanah

Proses pembersihan tanah bermula pada 4/8/2018. Case disewa pada harga RM430 sehari, dan sebanyak 2 tong Roro besar 5 kaki disewa untuk membuang kesemua rumput/lalang/pokok kecil yang hidup segar selepas hampir 2 tahun di tambak. Sewa tong Roro sebanyak RM250/tong. Jadi kos bersih tanah keseluruhan sebanyak RM930


Rupa tanah selepas hampir 2 tahun ditambak. dipenuhi lalang dan rumput


jentolak memulakan kerja pembersihan


Pokok pisang yang ditanam jiran turut ditebang hehe


Tong roro 5 kaki digunakan untuk membuang sampah


Tong roro yang pertama telah penuh, dan diganti dengan tong ke dua


Rupa tanah selepas di bersihkan


Pelan Rumah

Dah siap tambak pada tahun 2015, maka bermula la perancangan awal untuk membina banglo idaman. Saya mendapatkan khidmat arkitek 'freelance' sahaja termasuk jurutera struktur. Rumah ni akan dibina tanpa submission ke Majlis (MBSA) dulu atas faktor kos yang sangat tinggi. Lagipun tanah saya berada dalam kawasan 'kampung' dan jiran-jiran yang buat rumah semua majoriti tan submit ke Majlis..Saya nak gunakan cash yang ada untuk membina sekurangnya sampai naik bumbung saja..finishing seperti tile, cat, aksesori tandas etc akan dibuat bila modal mencukupi insyaAllah.

Ok kembali pada pelan rumah, rumah yg bakal saya bina ni atas design dan idea saya sendiri..bermula dari idea rumah 1.5 tingkat (tingkat atas ruang tamu, bawahnya porch kereta) sampai la akhirnya 1 tingkat saja..tapi 1 tingkat agak istimewa apabila saya design ruang makan lebih tinggi (lebih kurang 25ft tinggi) dan ada ruang Loteng atas bilik stor...susah jugak nak explain selagi tak siap sepenuhnya lagi...

jom tengok pelan lantai rumah hasil idea dan design oleh arkitek freelance

Floor Plan

Front Elevation

Left Elevation



 Konsep rumah saya banyak element kayu dan bumbung 'bujang' traditional melayu...idea bumbung ni saya dapat dari bumbung wakaf di Pasar Payang, K.Trg dan saya bagi terus ke arkitek untuk design atap seperti itu


Bumbung wakaf di Pasar Payang, K. Terengganu



 Secara umum, rumah saya ni berkeluasan 2200sqft lantai dalam dan 3200sqft luas keseluruhan termasuk gazebo dan patio...ketinggian rumah lebih 12 kaki (tinggi beam tiang 15ft)...tinggi ruang makan (dining hall) 25 kaki, dan ada loteng atas bilik stor.