Wednesday, August 15, 2018

Pelan Rumah

Dah siap tambak pada tahun 2015, maka bermula la perancangan awal untuk membina banglo idaman. Saya mendapatkan khidmat arkitek 'freelance' sahaja termasuk jurutera struktur. Rumah ni akan dibina tanpa submission ke Majlis (MBSA) dulu atas faktor kos yang sangat tinggi. Lagipun tanah saya berada dalam kawasan 'kampung' dan jiran-jiran yang buat rumah semua majoriti tan submit ke Majlis..Saya nak gunakan cash yang ada untuk membina sekurangnya sampai naik bumbung saja..finishing seperti tile, cat, aksesori tandas etc akan dibuat bila modal mencukupi insyaAllah.

Ok kembali pada pelan rumah, rumah yg bakal saya bina ni atas design dan idea saya sendiri..bermula dari idea rumah 1.5 tingkat (tingkat atas ruang tamu, bawahnya porch kereta) sampai la akhirnya 1 tingkat saja..tapi 1 tingkat agak istimewa apabila saya design ruang makan lebih tinggi (lebih kurang 25ft tinggi) dan ada ruang Loteng atas bilik stor...susah jugak nak explain selagi tak siap sepenuhnya lagi...

jom tengok pelan lantai rumah hasil idea dan design oleh arkitek freelance

Floor Plan

Front Elevation

Left Elevation



 Konsep rumah saya banyak element kayu dan bumbung 'bujang' traditional melayu...idea bumbung ni saya dapat dari bumbung wakaf di Pasar Payang, K.Trg dan saya bagi terus ke arkitek untuk design atap seperti itu


Bumbung wakaf di Pasar Payang, K. Terengganu



 Secara umum, rumah saya ni berkeluasan 2200sqft lantai dalam dan 3200sqft luas keseluruhan termasuk gazebo dan patio...ketinggian rumah lebih 12 kaki (tinggi beam tiang 15ft)...tinggi ruang makan (dining hall) 25 kaki, dan ada loteng atas bilik stor.


No comments:

Post a Comment