Untuk penghantaran pertama, semua frame tingkap dan pintu perlu dihantar terlebih dahulu untuk kerja mengikat dinding. Lori 3 tan telah disewa (RM800). Kayu ditempah dari 2 stor kayu berbeza di Paloh (semua tingkap/pintu) dan Bukit Berangan (tiang pegola 8" dan kayu buton)
Kayu seraya adalah kayu keras berkualiti yang banyak didapati dari negeri pantai timur. Rumah saya sekarang menggunakan kayu seraya untuk tiang dan kekuda porch kereta lebih 5 tahun dan masih kuat dan tidak pecah/kecut.
Tiang besar pula dari kayu tembesu. Saiz besar 8" sangat sukar diperolehi, dan saya bernasib baik dapat membeli dari stor kayu di Bukit Berangan. Jenis kayu tembesu (juga kategori kayu keras dan tahan air). Pada mulanya ada kayu Balau tapi stor kayu bagitau batang buruk selepas dipotong, jadi saya guna kayu tembesu saja
Kayu buton pula dari jenis Tembesu (3 batang) dan Seraya (2 batang). Saiz 5" x 5kaki panjang. Buah buton ni akan dipasang pada hujung bumbung rumah. Buah buton ni banyak dipasang di rumah di Terengganu dan Kelantan bagi menampakkan ciri-ciri senibina Melayu tradisional
Lori yang disewa tiba ke lokasi rumah jam 10.00 pagi
Kayu disusun
Frame tingkap labuh berpagar
Kayu buah buton bersaiz 5x5
Tiang pegola bersaiz 8 inci x 8 kaki. 4 orang diperlukan untuk mengangkat dari lori haha
Kayu disusun
Tingkap mati labuh dengan sisir angin pada bawah
Frame tingkap mula dipasang
Frame pintu dapur mula dipasang
Pandangan dari luar
Pandangan dari luar. Border tingkap dibuat siap-siap (susunan bata)