Thursday, October 11, 2018

Tingkap dan Pintu Kayu

Konsep rumah saya adalah banyak elemen kayu. Oleh itu saya telah menetapkan bajet untuk menggunakan pintu dan tingkap dari kayu. Kayu jenis Seraya kitam yang telah ditempah lebih 2 bulan dari kampung saya di negeri Terengganu telah selamat sampai pada 6/10/2018.

Untuk penghantaran pertama, semua frame tingkap dan pintu perlu dihantar terlebih dahulu untuk kerja mengikat dinding. Lori 3 tan telah disewa (RM800). Kayu ditempah dari 2 stor kayu berbeza di Paloh (semua tingkap/pintu) dan Bukit Berangan (tiang pegola 8" dan kayu buton)

Kayu seraya adalah kayu keras berkualiti yang banyak didapati dari negeri pantai timur. Rumah saya sekarang menggunakan kayu seraya untuk tiang dan kekuda porch kereta lebih 5 tahun dan masih kuat dan tidak pecah/kecut.

Tiang besar pula dari kayu tembesu. Saiz besar 8" sangat sukar diperolehi, dan saya bernasib baik dapat membeli dari stor kayu di Bukit Berangan. Jenis kayu tembesu (juga kategori kayu keras dan tahan air). Pada mulanya ada kayu Balau tapi stor kayu bagitau batang buruk selepas dipotong, jadi saya guna kayu tembesu saja

Kayu buton pula dari jenis Tembesu (3 batang) dan Seraya (2 batang). Saiz 5" x 5kaki panjang. Buah buton ni akan dipasang pada hujung bumbung rumah. Buah buton ni banyak dipasang di rumah di Terengganu dan Kelantan bagi menampakkan ciri-ciri senibina Melayu tradisional


Lori yang disewa tiba ke lokasi rumah jam 10.00 pagi


Kayu disusun


Frame tingkap labuh berpagar


Kayu buah buton bersaiz 5x5


Tiang pegola bersaiz 8 inci x 8 kaki. 4 orang diperlukan untuk mengangkat dari lori haha


Kayu disusun


Tingkap mati labuh dengan sisir angin pada bawah


Frame tingkap mula dipasang


Frame pintu dapur mula dipasang


Pandangan dari luar


Pandangan dari luar. Border tingkap dibuat siap-siap (susunan bata)


6 comments:

  1. Saya berminat nak buat rumah kayu. Boleh kongsi maklumat melalui wasap.. No tel saya 0193198420

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum..saya baru nak mula..sangat berminat dan sangat memerlukan ilmu sebagaimana yang tuan ada..mohon ws saya 012-9063949...saya juga org trg

      Delete
  2. penulisan menarik tapi kena tidak diteruskan?

    ReplyDelete
  3. menarik tapi jarang diguna pakai lagi sekarang

    ReplyDelete
  4. kurang dah guna kayu sekarang ni. namun sangat menarik

    ReplyDelete