Friday, October 5, 2018

Tiang Rumah

Selepas lantai konkrit siap, maka tiang rumah perlu didirikan. Tukang cuti 2 hari demam akibat membuat kerja konkrit sampai malam hari haha

Proses membuat tiang bermula dengan pemotongan besi mengikut lukisan jurutera. Formwork dari papan plywood dan kayu dibuat mengikut saiz tiang yang berkenaan. Disebabkan jumlah tiang yang banyak untuk rumah saya (hampir 50 tiang semuanya), tukang membuat formwork sebanyak 8 tiang saja atas faktor kos kayu (kos kayu semua ditanggung oleh tukang rumah). Satu hari konkrit siap 8 tiang dan dipindahkan ke tiang seterusnya. Hujan beberapa hari menyebabkan kerja agak perlahan, tapi semua tiang berjaya  disiapkan dalam masa seminggu sahaja.

Untuk rumah saya, pelan asal arkitek (atas permintaan saya sendiri) tiang setinggi 15 kaki (4500mm) termasuk roof beam tapi selepas penilaian semula, saya membuat keputusan untuk membuat tiang setinggi 13.5 kaki saja termasuk beam. Ketinggian siling selepas plaster adalah 12 kaki sudah cukup tinggi dan pengudaraan yang bagus untuk rumah setingkat. Kalau terlalu tinggi, maintenance pun tinggi terutama bila nak bersihkan sawang pada siling rumah haha.

Jom layan proses membuat tiang rumah

Kayu terpakai dibeli secara borong untuk membuat tiang dan juga roof beam nanti


Pasir kasara, besi dan simen dibeli 


Tukang mula memotong besi mengikut ukuran pelan


Besi yang telah dipotong disusun

Kotak tiang dari papan lapis dan kayu 1x2 dan 2x3 mula didirikan.

Tukang menggunakan timah timbang untuk memastikan tiang adalah lurus

Mesin bancuh simen/konkrit mula disewa bagi memudahkan kerja membancuh simen konkrit


Antara tiang yang telah siap didirikan

Semua tiang berjaya dinaikkan pada 5/10/2018

2 comments: