Kelebihan bata CLC ni ialah, lebih tahan panas (dikatakan 5x lebih tahan dari pada bata merah), lebih ringan (1/3 dari berat bata merah) dan lebih mudah dipasang. Saya hampir membeli bata jenis ini tapi selepas saat akhir saya membuat keputusan untuk membeli bata merah atas faktor kos. Saya mendapat harga yang berpatutan untuk bata merah, perbezaan lebih RM6k jika menggunakan bata ringan.
Bata merah juga ada gred. Boleh Google di internet perbezaan bata merah yang berkualiti dan tidak. Walaupun nama sama bata dibuat dari tanah liat, tapi jenis tanah dan proses pembuatan menjadikan setiap kilang menghasilkan kualiti bata yang berbeza.
Jangan terpedaya dengan warna merah saja. Ada orang cakap lagi merah lagi bagus, tapi ini tidak tepat. Warna merah atau putih ditentukan oleh jenis tanah liat yang digunakan di kilang bata tersebut.
Bata merah yang berkualiti dan tahan/kuat adalah dengan menguji bunyi hentakan antara 2 bata. Bata berkualiti/kuat akan menghasilkan bunyi seperti besi atau pinggan seramik berlaga - nyaring. Bata yang tidak dibakar dengan sempurna berbunyi seperti 'kayu berlaga' saja menunjukkan kekuatan yang agak lemah.
Ini diakui oleh beberapa tukang dan penjual bata. Saya telah membuat keputusan membeli bata merah yang dikeluarkan oleh Parksim dari Pahang. Saya sendir bertanya kilang perbezaan bata mereka dengan bata kilang lain dan jawapan mereka agak meyakinkan.
Ujian kekerasan dibuat oleh mereka diakui Sirim (bata kilang mereka lebih keras) dan warna cerah bukan penentu kualiti bata. Tanah liang dari kilang Parksim cerah dan mereka menyamakan tanah mereka dengan tanah dari dalam gua yang lebih sejuk. Ini mereka yang cakap bukan saya hehehe...
Saya juga membuat ujian bunyi dan memang ternyata berbeza seperti diperkatakan di internet. Harga bata yang saya beli adalah RM0.33 sekali penghantaran menggunakan lori yang ada kren. Kalau beli terus dari kilang boleh dapat RM0.31 tapi kena sewa kren dan hantar pakai treler panjang.
Bata merah keluaran Parksim dari Pahang
Tengok batu kecil berwarna merah/coklat berbanding bata lain
Kiri: Bata merah dari kilang Parksim
Kanan: Bata merah dari kilang lain. Warna lebih merah tapi ujian bunyi ternyata bata sebelah kiri lebih 'solid'. Perhatikan bata merah kanan ada banyak batu-batu kecil berwarna putih, campuran
Bata merah mula diangkut ke atas dan disusun untuk kerja mengikat bata esok
No comments:
Post a Comment