Thursday, October 11, 2018

Tingkap dan Pintu Kayu

Konsep rumah saya adalah banyak elemen kayu. Oleh itu saya telah menetapkan bajet untuk menggunakan pintu dan tingkap dari kayu. Kayu jenis Seraya kitam yang telah ditempah lebih 2 bulan dari kampung saya di negeri Terengganu telah selamat sampai pada 6/10/2018.

Untuk penghantaran pertama, semua frame tingkap dan pintu perlu dihantar terlebih dahulu untuk kerja mengikat dinding. Lori 3 tan telah disewa (RM800). Kayu ditempah dari 2 stor kayu berbeza di Paloh (semua tingkap/pintu) dan Bukit Berangan (tiang pegola 8" dan kayu buton)

Kayu seraya adalah kayu keras berkualiti yang banyak didapati dari negeri pantai timur. Rumah saya sekarang menggunakan kayu seraya untuk tiang dan kekuda porch kereta lebih 5 tahun dan masih kuat dan tidak pecah/kecut.

Tiang besar pula dari kayu tembesu. Saiz besar 8" sangat sukar diperolehi, dan saya bernasib baik dapat membeli dari stor kayu di Bukit Berangan. Jenis kayu tembesu (juga kategori kayu keras dan tahan air). Pada mulanya ada kayu Balau tapi stor kayu bagitau batang buruk selepas dipotong, jadi saya guna kayu tembesu saja

Kayu buton pula dari jenis Tembesu (3 batang) dan Seraya (2 batang). Saiz 5" x 5kaki panjang. Buah buton ni akan dipasang pada hujung bumbung rumah. Buah buton ni banyak dipasang di rumah di Terengganu dan Kelantan bagi menampakkan ciri-ciri senibina Melayu tradisional


Lori yang disewa tiba ke lokasi rumah jam 10.00 pagi


Kayu disusun


Frame tingkap labuh berpagar


Kayu buah buton bersaiz 5x5


Tiang pegola bersaiz 8 inci x 8 kaki. 4 orang diperlukan untuk mengangkat dari lori haha


Kayu disusun


Tingkap mati labuh dengan sisir angin pada bawah


Frame tingkap mula dipasang


Frame pintu dapur mula dipasang


Pandangan dari luar


Pandangan dari luar. Border tingkap dibuat siap-siap (susunan bata)


Mengikat Batu Bata

Untuk rumah saya ini, kiraan sebanyak 30,000 keping batu bata diperlukan. Batu bata dibeli dari kedai hardware besar di Subang ni. Sebanyak 45 palet kesemuanya dan akan dihantar 3 palet sekali hantar menggunakan lori kren.

Saya juga membeli bitumen flashing tape bsaiz 4 inci (1 roll = 10 meter) yang digunakan untuk menampak atap. Ini menggantikan Damp Proof Course (DPC) yang tidak dijual di sini..kalau ada kena potong mengikut saiz yang diperlukan. Fungsi DPC adalah untuk mengelakkan air atau lembapan dari bawah lantai naik/serap ke atas dinding dan menyebabkan lapisan dinding bawah berkulat dan menjejaskan cat rumah. Walaupun lantai rumah saya 2 kaki tinggi, tapi saya buat juga untuk pencegahan jangka masa panjang.


Batu bata dilonggok di ruang dalam rumah


Bitumen tape saiz 4" digunakan menggantikan DPC yang tidak dijual di kedai


Hujan beberapa hari melambatkan kerja mengikat bata


Tukang memasang Bitumen Flashing Tape


Pekerja memasang bata dengan tekun. Pengalaman menentukan dinding rata atau tidak




Ruang tandas bilik

Friday, October 5, 2018

Batu Bata

Pemilihan batu bata antara yang saya survey agak lama, sebelum membuat pelan rumah lagi. Pada awalnya saya nak cuba menggunakan bata ringan jenis CLC - Cellular Lighweight Concrete yang banyak digunakan di negara Eropah, India dan sebagainya. Di Malaysia penggunaan batu CLC ni banyak digunakan di bangunan-bangunan kerajaan seperti hospital, balai polis dan sebagainya.

Kelebihan bata CLC ni ialah, lebih tahan panas (dikatakan 5x lebih tahan dari pada bata merah), lebih ringan (1/3 dari berat bata merah) dan lebih mudah dipasang. Saya hampir membeli bata jenis ini tapi selepas saat akhir saya membuat keputusan untuk membeli bata merah atas faktor kos. Saya mendapat harga yang berpatutan untuk bata merah, perbezaan lebih RM6k jika menggunakan bata ringan.

Bata merah juga ada gred. Boleh Google di internet perbezaan bata merah yang berkualiti dan tidak. Walaupun nama sama bata dibuat dari tanah liat, tapi jenis tanah dan proses pembuatan menjadikan setiap kilang menghasilkan kualiti bata yang berbeza.

Jangan terpedaya dengan warna merah saja. Ada orang cakap lagi merah lagi bagus, tapi ini tidak tepat. Warna merah atau putih ditentukan oleh jenis tanah liat yang digunakan di kilang bata tersebut.

Bata merah yang berkualiti dan tahan/kuat adalah dengan menguji bunyi hentakan antara 2 bata. Bata berkualiti/kuat akan menghasilkan bunyi seperti besi atau pinggan seramik berlaga - nyaring. Bata yang tidak dibakar dengan sempurna berbunyi seperti 'kayu berlaga' saja menunjukkan kekuatan yang agak lemah.

Ini diakui oleh beberapa tukang dan penjual bata. Saya telah membuat keputusan membeli bata merah yang dikeluarkan oleh Parksim dari Pahang. Saya sendir bertanya kilang perbezaan bata mereka dengan bata kilang lain dan jawapan mereka agak meyakinkan.

Ujian kekerasan dibuat oleh mereka diakui Sirim (bata kilang mereka lebih keras) dan warna cerah bukan penentu kualiti bata. Tanah liang dari kilang Parksim cerah dan mereka menyamakan tanah mereka dengan tanah dari dalam gua yang lebih sejuk. Ini mereka yang cakap bukan saya hehehe...

Saya juga membuat ujian bunyi dan memang ternyata berbeza seperti diperkatakan di internet. Harga bata yang saya beli adalah RM0.33 sekali penghantaran menggunakan lori yang ada kren. Kalau beli terus dari kilang boleh dapat RM0.31 tapi kena sewa kren dan hantar pakai treler panjang.

Bata merah keluaran Parksim dari Pahang

Tengok batu kecil berwarna merah/coklat berbanding bata lain

Kiri: Bata merah dari kilang Parksim
Kanan: Bata merah dari kilang lain. Warna lebih merah tapi ujian bunyi ternyata bata sebelah kiri lebih 'solid'. Perhatikan bata merah kanan ada banyak batu-batu kecil berwarna putih, campuran

Bata merah mula diangkut ke atas dan disusun untuk kerja mengikat bata esok

Tiang Rumah

Selepas lantai konkrit siap, maka tiang rumah perlu didirikan. Tukang cuti 2 hari demam akibat membuat kerja konkrit sampai malam hari haha

Proses membuat tiang bermula dengan pemotongan besi mengikut lukisan jurutera. Formwork dari papan plywood dan kayu dibuat mengikut saiz tiang yang berkenaan. Disebabkan jumlah tiang yang banyak untuk rumah saya (hampir 50 tiang semuanya), tukang membuat formwork sebanyak 8 tiang saja atas faktor kos kayu (kos kayu semua ditanggung oleh tukang rumah). Satu hari konkrit siap 8 tiang dan dipindahkan ke tiang seterusnya. Hujan beberapa hari menyebabkan kerja agak perlahan, tapi semua tiang berjaya  disiapkan dalam masa seminggu sahaja.

Untuk rumah saya, pelan asal arkitek (atas permintaan saya sendiri) tiang setinggi 15 kaki (4500mm) termasuk roof beam tapi selepas penilaian semula, saya membuat keputusan untuk membuat tiang setinggi 13.5 kaki saja termasuk beam. Ketinggian siling selepas plaster adalah 12 kaki sudah cukup tinggi dan pengudaraan yang bagus untuk rumah setingkat. Kalau terlalu tinggi, maintenance pun tinggi terutama bila nak bersihkan sawang pada siling rumah haha.

Jom layan proses membuat tiang rumah

Kayu terpakai dibeli secara borong untuk membuat tiang dan juga roof beam nanti


Pasir kasara, besi dan simen dibeli 


Tukang mula memotong besi mengikut ukuran pelan


Besi yang telah dipotong disusun

Kotak tiang dari papan lapis dan kayu 1x2 dan 2x3 mula didirikan.

Tukang menggunakan timah timbang untuk memastikan tiang adalah lurus

Mesin bancuh simen/konkrit mula disewa bagi memudahkan kerja membancuh simen konkrit


Antara tiang yang telah siap didirikan

Semua tiang berjaya dinaikkan pada 5/10/2018

Saturday, September 22, 2018

Konkrit Beam dan Lantai

Selepas semua besi beam dan lapisan plastik PE dihampar, besi BRC perlu diletak bagi menguatkan lagi struktur lantai. Untuk rumah saya ini, besi BRC A8 digunakan dan juga lebihan besi Y10 bersilang diletak. Level lantai ditentukan menggunakan tiub air (timbang air).

Ketebalan lantai rumah saya antara 5 hingga 7 inci. Konkrit gred minimum G30 digunakan. Sebanyak 60m3 konkrit dituang untuk keseluruhan tapak rumah...Fuh memang kos yang tinggi :-)








































Thursday, September 20, 2018

Tambak Ground Beam

Selepas semua kotak beam dari bata disiapkan, tanah dimasukkan semula ke dalam kotak beam mengikut ketinggian lantai yang diinginkan. Untuk rumah saya, lantai akan dikonkrit setebal 5-6 inci. Serentak dengan itu, paip pvc putih untuk najis dan sinki perlu diatur dan ditanam siap sebelum dikambus

paip septik dan sinki diatur sebelum kerja menambus kotak beam

Tanah diangkut dan dikambus ke dalam ruang kotak beam

Tanah lebihan dari korek footing tak cukup, saya guna pasir dan batu crusher run untuk tanah yang lebih padat dan kuat

paip racun anai-anai dibuat siap-siap untuk kerja meracun masa akan datang. 

Lubang ditebuk setiap 1-2 kaki dan ditutup dengan kain geotextile supaya pasir/tanah tidak masuk ke dalam paip

Tanah dimampatkan dengan menggunakan mesin compactor

lapisan terakhir batu crusher run

Selepas level lantai ditentukan, plastik PE digunakan untuk menutup lapisan tanah bertujuan untuk mengelakkan air lembapan dari tanah keluar ke lantai


Besi BRC size A8 digunakan bagi memperkuatkan lantai sebelum dikonkrit